Rutin Kawalan Malam / RELA masih berjalan seperti biasa sepanjang Januari 2011. Walaupun kebelakangan ini cuaca hujan di awal pagi membantutkan sedikit tugas-tugas kawalan di sekitar taman perumahan namun rondaan tetap dijalankan. Para petugas diminta menjaga kesihatan dengan memakai jaket atau baju tebal semasa bertugas.
Syabas dan tahniah kepada semua penduduk kerana tiada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini sepanjang tahun 2010. Biro Keselamatan mengharapkan agar penduduk yang terlibat untuk bertugas pada hari-hari yang ditetapkan sentiasa membuat rondaan. Kerjasama menjaga keselamatan adalah tanggung-jawab bersama demi kesejahteraan komuniti Jalan Salak TKJ2.
..tolong maklumkan kepada Bendahari jika perlukan bajet kopi & biskut..
ReplyDeletesekalung tahniah kepada mereka2x yg sanggup mengorbankan masa rehat demi menjaga keselamatan bersama... terima kasih.
ReplyDelete..hati2 dan sentiasa 'alert'..ada rumah jiran bangsa Cina kita di JS3 kena dengki-khianat awal bulan Feb. aritu..ingat kelalaian membawa padah..
ReplyDeletesalam perkenalan dari pemuda agresif..kawalan malam ini dalam keadaan tenang..
ReplyDelete..terima kasih kepada pemuda agresif dan 9salak5 kerana sudi menjadi ahli kelab..
ReplyDeletewelcome to the club JUTKJ2.. AGRESIF sangat ker?
ReplyDelete