Resam hidup warga Rakan Salak tidak sunyi dari pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan. Semangat bekerjasama dan saling bantu-membantu menjadi teras kesejahteraan masyarakat di kejiranan ini yang terdiri dari berbilang bangsa.
Umumnya kebanyakan penduduk di sini berasal dari keluarga yang masih mengamalkan budaya gotong-royong samada di rancangan FELDA atau kampung. Justeru, tidak hairanlah jika semangat iu masih menebal di kalangan mereka dan seterusnya menjadi amalan turun-temurun sehingga ke hari ini.
Program gotong-royong menanam pokok pisang di kawasan lapang di Jalan Salak 4 |
Pelbagai program kemasyarakatan telah direncanakan oleh Ahli Jawatankuasa Penduduk dan antaranya di bawah seliaan Biro Keceriaan. Aktiviti 'gerak-tumpu' atau gotong-royong seringkali diadakan demi menjadikan kawasan perumahan Jalan Salak sebagai kawasan kediaman yang selamat. Program itu termasuklah membersihkan semak-samun, meracun dan memotong rumput, membuang sampah-sarap pukal dan membersihkan longkang yang tersumbat.
Penglibatan semua penduduk terutamanya anak-anak dapat menanamkan semangat bergotong-royong di dalam jiwa mereka di samping mendidik menjadi warga yang bertanggung-jawab terhadap kebersihan persekitaran bak kata pepatah ' berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..'.
Warga Rakan Salak berkerjasama melukis dan mengecat kain rentang sempena Sambutan Maulidur Rasul |
Semangat bergotong-royong ini tidak terhenti setakat menjaga kebersihan alam sekitar semata-mata. Sikap ringan tulang ini berterusan meliputi program-program lain seperti Sambutan Maulidur Rasul, memasak bubur assyura pada bulan Muharram, ibadah korban, sambutan Hari Raya dan kenduri-kendara di bawah anjuran Ahli Jawatankuasa Penduduk, Biro Agama mahupun penduduk setempat.
Biro Kebajikan juga tidak lepas tangan menganjurkan program kemasyarakatan di dalam membantu warga Rakan Salak yang dihimpit kesusahan seperti menganjurkan tabung-tabung sumbangan untuk meringankan beban kewangan penduduk terbabit.
Adalah diharapkan agar nilai moral yang mulia ini menjadi amalan hidup warga Rakan Salak demi mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera dan harmoni.
Tahniah dan syabas warga Rakan Salak..!
Tahniah dan syabas warga Rakan Salak..!
..teruskan amalan bergotong-royong ini..muafakat membawa berkat..
ReplyDelete..bila lagi nak buat 'gerak-tumpu'..ada cadangan macamana nak 'clearkan' rumah tinggal kat salak 4 tu..
ReplyDeletetunggu,sabar,bertenang, dah dapat green light dari mdkt baru kita bertindak.. kita clearkan sampah masyarakat sekali ehhhh....
ReplyDelete