Salam ukhuwah..!
BERBALOI..aktiviti berbasikal dapat menyihatkan badan sambil bersiar-siar. |
Aktiviti riadah di Jalan Salak bertambah meriah dengan lahirnya satu lagi hobi baru di kalangan penduduk iaitu berbasikal. Aktiviti yang pada mulanya dilakukan bagi memenuhi masa lapang pada waktu petang dan hari minggu oleh beberapa orang penduduk kini mula menarik minat ramai sebagai alternatif untuk beriadah.
Sehingga hari ini, kumpulan berbasikal Jalan Salak atau dikenali sebagai 'Jalinan Ukhuwah Cycler' telah mempunyai ahli seramai sepuluh orang. Terdapat beberapa lagi penduduk sedang berkira-kira untuk memiliki basikal bagi menyertai program yang boleh membantu menyihatkan badan ini.
MULA..ahli berkumpul sebelum melakukan kayuhan |
CERIA..Ahli berehat melepaskan penat di jeti Kg. Makam |
Pada hari minggu yang lepas, 'Jalinan Ukhuwah Cycler' telah mengadakan aktiviti berbasikal ke sekitar bandar Kota Tinggi. Aktiviti yang bermula seawal jam 7.00 pagi itu disertai oleh enam orang ahli diketuai oleh En. Zainuddin @ Pak Din yang dianggap 'otai' dalam aktiviti ini. Perjalanan melalui Kg. Kelantan menuju bandar Kota Tinggi dan seterusnya ke Kg. Makam.
SEDIA..tayar perlu dipam untuk keselesaan sepanjang kayuhan |
Jeti Kg. Makam menjadi lokasi untuk berehat dan melepaskan penat mengayuh sambil menikmati pemandangan Sg. Johor pada waktu pagi. Terdapat ramai pemancing sedang leka memancing ikan dan udang galah dengan joran masing-masing di tepian jeti mahupun di atas sampan.
PUASHATI..walaupun letih tapi menyeronokkan |
Ahli 'Jalinan Ukhuwah Cycler' juga tidak melepaskan peluang bersarapan di sebuah warung yang terkenal di Kg. Makam yang menyajikan beranika jenis 'lempeng' iaitu makan tradisional orang Melayu antaranya lempeng telur, lempeng pisang, lempeng kelapa dan sebagainya.
MAKANAN TRADISI..Pak Din sedang menikmati lempeng panas dicicah dengan kuah asam pedas |
Aktiviti berbasikal kemudian diteruskan dengan melakukan kayuhan melalui Taman Aman, Taman Kota Kecil, Taman Hijrah sebelum berakhir di Taman Kota Jaya2 pada pukul 9.30 pagi. Sebelum bersurai, ahli menyuarakan rasa puas kerana dapat beriadah bersama-sama dan merancang untuk melakukan aktiviti berbasikal ini pada minggu hadapan sekiranya ada kelapangan.
Cadangan program akan datang: 20hb Februari 2011 (Ahad) ~ Berkayuh ke Hutan Lipur Panti.
Warga Rakan Salak..Jom Berbasikal..!!
Gambar: Ehsan dari Ustaz Liman Bin Hashim
..seronok juga kalau dapat turut serta aktiviti berbasikal ke Hutan Lipur panti tu nanti..apa2 pun jaga keselamatan semasa berbasikal..
ReplyDelete..dengar cerita nak buat aktiviti berbasikal ke Waterfall 20/2 ni..boleh le kawan join..
ReplyDeletekalau cycling 100km pun kalau asyik makan jerk tak kempis perut tu. Janji HAPPY .
ReplyDelete