MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009
JALINAN UKHUWAH..penduduk Jalan Salak TKJ2 bergambar secara beramai-ramai.

Thursday, January 27, 2011

PROGRAM YAASIN & TAZKIRAH JALAN SALAK


Ini merupakan salah satu aktiviti rutin mingguan yang dijalankan oleh warga Rakan Salak. Program ini kebiasaannya diadakan pada hari Khamis malam Jumaat ataupun pada hari cuti hujung minggu mengikut permintaan tuan rumah yang ingin mengadakan bacaan yaasin dan tahlil di kediaman mereka.


Program bacaan Yaasin dan tahlil yang diadakan di sebuah rumah penduduk Jalan Salak. 

Adakalanya Ustaz atau Imam akan mengambil sedikit masa untuk sesi tazkirah / majlis ta'alim sejurus selepas selesai bacaan tahlil.  Pada sesi ini, para hadirin juga berkesempatan untuk bertanya tentang pelbagai perkara berkaitan agama sekiranya ada kemusykilan.

Kepada yang berminat untuk mengambil giliran majlis bacaan yaasin / tazkirah diminta memaklumkan kepada Biro Siaraya ~ En. Mohd Nizam sekurang-kurangnya lima hari sebelum majlis diadakan. Ini boleh memberi ruang kepada beliau untuk membuat hebahan melalui 'sistem khidmat pesanan ringkas (sms)' kepada semua penduduk di samping menyediakan notis untuk ditampal di papan kenyataan.

Sila nyatakan tarikh, no. rumah dan program yang dipilih dengan jelas. Kerjasama penduduk sangat dihargai.

Sekian , Harap maklum.

9 comments:

  1. ..penduduk yang berminat boleh juga memaklumkan kepada Ketua Jalan/Blok masing2..nak jumpa ustaz Saiful direct pun boleh..

    ReplyDelete
  2. ..bagi kaum wanita pun boleh maklumkan kepada Pengerusi Wanita - Kak Nani atau mana2 ajk kecil setiap jalan..

    ReplyDelete
  3. ..bulan Feb x dengar lg sapa yg nak amek yaasin..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..ada majlis bacaan yaasin dan doa selamat di rumah sahabat kita..En. Mohd Hamri Bin Hamzah, No. 3, Jalan Salak 5 pada 12/02/2011 jam 8.30 malam..warga Rakan Salak dipersilakan hadir..

    ReplyDelete
  5. datang jgn x datang.. makan free 2, ada udang Galah banjir, mee banjir, karipap banjir, bleh dikatakan sume banjirlah... datang ehhhhhh.

    ReplyDelete
  6. ..udang galah banjir takde..air mata yang banjir pasal dia punya sambal kicap..pehh..meletop tak hingat..btw terima kasih pada tuan rumah..

    ReplyDelete
  7. trima kasih En Hamri Kerana Telah MenCILI Mulut-mulut mereka yang x Sayang mulut dan kawan pun kene..huwaaa..huwaaa..huwaaa....

    ReplyDelete
  8. Ahli club jutkj2, kalau nak buat kenduri sediakan rumah jerk... makanan akan disupply oleh tabung club.... jangan risau janji program jalan...

    ReplyDelete